Parlimen Ukraine mengenakan sekatan menyeluruh selama 50 tahun ke atas institusi kewangan Rusia termasuk bank pusat, semua bank perdagangan, dana pelaburan, syarikat insurans dan perusahaan lain.
Sekatan itu adalah sebahagian daripada langkah Kyiv untuk mengekalkan tekanan kewangan ke atas Rusia susulan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 24 Februari tahun lalu.